Pemain badminton China meninggal dunia selepas rebah di gelanggang
Para pemain dan jurulatih badminton dari China, yang bersaing di Kejohanan Remaja Asia 2024, sama-sama bertafakur buat mendiang pemain China Zhang Zhijie, yang rebah ketika perlawanan menentang Jepun di Yogyakarta, 1 Julai 2024. (Gambar: Handout/Divisyen Perhubungan Awam dan media Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI)/AFP)
Insiden itu berlaku ketika Zhang, 17 tahun, sedang menentang lawan dari Jepun, Kazuma Kawamo dalam perlawanan peringkat kumpulan di Arena Sukan Among Rogo.
Badminton Asia dan Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan bersama memaklumkan Zhang meninggal dunia pada 11.20 malam waktu tempatan Ahad.
Zhang telah diberi rawatan oleh doktor kejohanan dan pasukan perubatan di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital dalam tempoh beberapa minit dengan ambulans, menurut kenyataan itu.
Badminton Asia, PBSI dan jawatankuasa penganjur mengucapkan takziah kepada ibu bapa Zhang, keluarga, dan Persatuan Badminton China.
“Dunia badminton meratapi kehilangan seorang pemain berbakat,” menurut kenyataan itu.
Zhang dilahirkan di Shashi, Jingzhou, Hubei, China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.