Pelumba motosikal Jepun Haruki Noguchi maut selepas kemalangan di litar lumba Mandalika
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi berita
MATARAM: Pelumba motosikal Jepun Haruki Noguchi diumumkan meninggal dunia pada Rabu (16 Ogos) selepas mengalami kemalangan di litar lumba Mandalika, Indonesia, pada Ahad (13 Ogos).
Mangsa meninggal dunia setelah menjalani rawatan intensif selama empat hari di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Nusa Tenggara Barat.
Noguchi dilaporkan meninggal akibat cedera di kepala akibat terjatuh ketika berlumba di Mandalika, Ahad lalu.
"Penyebab kematian kerana cedera kepala yang berat atau pelbagai trauma, mulai dari kepala sampai leher," menurut rakan akrab mangsa, Dr Jack.
Dr Jack mengakui selama dalam rawatan di hospital, ia melibatkan para doktor terbaik dari doktor pakar, doktor pakar saraf dan radiologi.
"Jadi pasukan kesihatan sudah melakukan sesuai dengan piawai dan itu juga kami lakukan dalam waktu sangat baik, sejajar dua minit sampai kami membawa ke pusat perubatan di litar, menunggu keadaannya stabil untuk kemudian kami sepakat membawa ke hospital RSUP NTB," ujarnya.
Meskipun sudah berusaha sebaik mungkin, pelumba Jepun berusia 22 tahun tersebut meninggal dunia pada Rabu (16 Ogos).
Saat ini kata Dr Jack, jenazah Noguchi masih berada di hospital untuk menunggu proses pemulangan ke Jepun.

Sumber : AGENCIES/AA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.