Skip to main content

Sukan

Pelumba McLaren, Lando Norris menang Grand Prix SG

Anggaran Waktu Membaca:
Pelumba McLaren, Lando Norris menang Grand Prix SG

Lando Norris menguasai Grand Prix Singapura dari awal hingga akhir perlumbaan pada 22 Sep. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

SINGAPURA: Lando Norris pada Ahad (22 Sep) menguasai Grand Prix Singapura dari awal hingga akhir perlumbaan.

Prestasi pelumba McLaren asal Britain itu sekali gus merapatkan lagi perbezaan mata antaranya dengan Max Verstappen yang sedang menduduki tempat pertama bagi merebut takhta juara Formula 1.

Norris, 24 tahun, memulakan perlumbaan dari petak pertama di Litar Marina Bay lalu mengungguli setiap pusingan hingga ke garisan penamat.

Verstappen dari Red Bull pula menamatkan perlumbaan di tempat kedua, ketinggalan 20.9 saat di belakang Norris, manakala Oscar Piastri dari McLaren berada di tempat ketiga.

Verstappen awalnya meraih 59 mata lebih tinggi daripada Norris. Perbezaan mata selepas perlumbaan di Singapura pula adalah 52 mata.

Terdapat enam lagi perlumbaan bagi musim kali ini.

Jurang mata antara McLaren dengan Red Bull juga kian melebar dalam kedudukan pasukan.
Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita