Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pelumba Ferrari Carlos Sainz julang takhta Grand Prix F1 SG, akhiri rekod kemenangan Red Bull

Anggaran Waktu Membaca:
Pelumba Ferrari Carlos Sainz julang takhta Grand Prix F1 SG, akhiri rekod kemenangan Red Bull

Gambar: CNA/Jeremy Long

Diterbitkan : 17 Sep 2023 11:10PM Dikemas Kini : 17 Sep 2023 11:35PM
SINGAPURA: Pelumba Ferrari Carlos Sainz memenangi Grand Prix Singapura pada Ahad (17 Sep), sekali gus menamatkan rekod kemenangan Max Verstappen dan melenyapkan impian Red Bull untuk mencatat rekod tanpa kalah bagi musim ini.

Verstappen memenangi 10 perlumbaan berturut-turut sebelum ini.

Pelumba McLaren Lando Norris menduduki tempat kedua manakala pemandu Mercedes Lewis Hamilton merangkul tempat ketiga. Ini kali pertama pasukan Red Bull tidak berada di podium sejak Grand Prix Brazil pada November lalu.

Red Bull telah memenangi 15 perlumbaan secara berturut-turut sehingga Ahad tetapi rentak kemenangan pasukan itu dibayangkan akan berakhir sebaik sahaja mereka gagal melayakkan ke 10 petak pertama.
Juara dunia berganda Verstappen bermula di tempat ke-11 dan menduduki tempat kelima, dengan rakan sepasukan dan pesaing terdekatnya Sergio Perez, iaitu juara tahun lalu di Singapura, menduduki tempat kelapan.
Grand Prix Formula 1 Singapura 2023 menarik seramai 264,108 penonton sepanjang hujung minggu, iaitu jumlah lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Para penganjur telah menyatakan pada minggu lalu bahawa mereka hanya menjangkakan sekitar 250,000 penonton disebabkan penutupan bahagian Bay Grandstand bagi projek pembangunan semula Pentas Terapung Marina Bay.

Pada tahun lalu, acara tersebut berjaya menarik jumlah rekod 302,000 penonton, melepasi jumlah penonton seramai 268,000 yang dicatat bagi edisi 2019. Grand Prix Singapura dibatalkan pada 2020 dan 2021 disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda.

Dalam satu kenyataan media pada Ahad, penganjur acara tersebut menyatakan bahawa tiket awal bagi 'Super Early Bird' untuk perlumbaan tahun depan sudahpun habis dijual, setelah dijual hanya 72 jam yang lalu. Ia sekali gus mencerminkan "permintaan kukuh yang berterusan menjelang 2024".
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan