Pelumba F1 Alonso cedera dilanggar kereta ketika berbasikal
Juara dunia F1 Fernando Alonso yang sepatutnya kembali beraksi musim ini, terlibat dalam satu nahas jalan raya, ketika berbasikal di Switzerland.
Juara dunia F1 Fernando Alonso.
PARIS: Juara dunia F1 Fernando Alonso yang sepatutnya kembali beraksi musim ini, terlibat dalam satu nahas jalan raya, ketika berbasikal di Switzerland.
Alonso 39 tahun, yang telah bersara dua tahun lalu, dipercayai mengalami keretakan tulang akibat nahas itu.
Dia sedar dan masih menantikan keputusan pemeriksaan pagi esok.
Menurut laporan akhbar Itali Gazzetta dello Sport, Alonso dilanggar sebuah kereta dekat Lugano sebelum dikejarkan ke hospital.
Pasukan F1 Alpine, yang dulunya dikenali sebagai Renault, mengumumkan hari ini (12 Feb) juara dunia dua kali dari Sepanyol itu "sedar dan berada dalam keadaan baik."
Namun, ia belum pasti sama ada kejadian itu akan menjejas penyertaan Alonso dalam aksi F1 kali ini.
Perlumbaan Formula One pembuka tirai Grand Prix Bahrain itu berlangsung pada 28 Mac.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.