Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pelumba basikal Kenya maut susuli nahas di Vermont

Anggaran Waktu Membaca:
Pelumba basikal Kenya maut susuli nahas di Vermont

(Gambar: Vermont Overland/YouTube)

VERMONT: Pelumba basikal Kenya, Suleiman Kangangi, 33 tahun, meninggal dunia selepas berlaku rempuhan pada kelajuan tinggi semasa menyertai perlumbaan Overland di Vermont, Amerika Syarikat pada Sabtu (27 Ogos).

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukannya, Team Amani, yang dipetik oleh agensi berita Reuters.

Menurut laman web acara tersebut, perlumbaan sejauh 59 batu (95 kilometer) itu merangkumi pendakian sejauh 2,134 meter.

"Sule adalah kapten, sahabat, saudara kami. Beliau juga adalah bapa, suami dan anak," menurut pasukan tersebut dalam kenyataannya pada Ahad (28 Ogos).

"Daripada memimpin kami di hadapan perlumbaan, mendiang kini akan memimpin kami sebagai pembimbing sedang kami berusaha untuk merealisasikan impiannya."

Rakan sepasukan, John Kariuki dari Team Amani memenangi perlumbaan tersebut pada Sabtu manakala seorang lagi rakan sepasukan menamatkan perlumbaan di tangga ketiga.

"Vermont Overland amat berdukacita atas pemergiannya," kata penganjur perlumbaan, Ansel Dickey, menurut agensi berita Reuters.

"Kami mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarganya, rakannya, Team Amani dan seluruh rakyat Kenya."
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan