Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pele semakin pulih susuli rawatan jangkitan pernafasan

Anggaran Waktu Membaca:

RIO DE JANEIRO: Legenda bola sepak Pele menunjukkan tanda-tanda semakin pulih hasil rawatan jangkitan pernafasan.

Demikian menurut laporan agensi berita Xinhua. 

Lelaki berusia 82 tahun itu dimasukkan ke hospital Albert Einstein di Sao Paulo akhir bulan lalu untuk menerima rawatan akibat jangkitan pernafasan serta melakukan penilaian semula kemoterapi.

"Masih tidak dibenarkan keluar, pesakit terus menunjukkan tanda-tanda semakin pulih," menurut kenyataan dikeluarkan pihak hospital dan ditandatangani oleh tiga doktor.

Pele merupakan satu-satunya pemain yang menjuarai Piala Dunia sebanyak tiga kali, menjulang trofi itu pada 1958, 1962 dan 1970.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau mengalami beberapa masalah kesihatan, termasuk berkaitan dengan tulang belakang, pinggul, lutut dan buah pinggang.

Bekas bintang Santos dan New York Cosmos itu menjalani pembedahan bagi membuang tumor pada tahun lalu. 

Pele membuat hantaran di media sosial dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk memaklumkan kepada peminat tentang kesihatannya semasa beliau menonton Piala Dunia.

"Saya kuat, dan saya menjalani rawatan seperti biasa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan perubatan dan kejururawatan atas penjagaan yang saya terima," menurut hantarannya minggu lalu.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan