Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pele "semakin pulih" selepas jalani rawatan kemoterapi

Anggaran Waktu Membaca:
Pele "semakin pulih" selepas jalani rawatan kemoterapi

Legenda bola sepak Brazil, Pele. (Gambar: Pele/Instagram)

RIO DE JANEIRO: Anak sulung legenda bola sepak Brazil Pele berkata bapanya "semakin pulih" daripada barah usus, lapor Xinhua, sekali gus menafikan laporan media bahawa keadaannya semakin tenat.

Pele menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada ususnya, September 2021 dan perlu menjalani rawatan kemoterapi selepas dibenarkan keluar hospital.

Beberapa media Brazil sebelum ini melaporkan bahawa keadaan Pele yang berusia 81 tahun semakin teruk dan dia dimasukkan semula ke hospital.

"Saya ingin memberitahu anda, tidak ada yang berubah. Bapa saya baik-baik sahaja dan  tidak ada laporan baru. Dia akan masuk ke hospital setiap bulan untuk diperiksa. Jadi perkara ini akan timbul pada setiap masa. Terima kasih atas keprihatinan anda," kata Kely Nascimento dalam satu catatan di media sosial.

Pada Khamis, Hospital Albert Einstein di Sao Paulo menatakan Pele dibenarkan keluar hospital selepas menjalani rawatan barah selama dua hari. Keadaannya secara klinikal dikatakan "stabil".

Sumber : Bernama/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan