Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pele sedang rehat selepas pembedahan buang ketumbuhan di usus

Legenda bola sepak Brazil, Pele, telah menjalani pembedahan bagi apa yang disyaki sebagai ketumbuhan di ususnya dan kini sedang beransur pulih, menurut hospital di Sao Paulo yang merawatnya pada Isnin (6 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pele sedang rehat selepas pembedahan buang ketumbuhan di usus

Petikan video Pele kepada para peminatnya pada Okt 2021 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Dec 2021 09:41PM Dikemas Kini : 06 Dec 2021 09:48PM

SAO PAULO: Legenda bola sepak Brazil, Pele, telah menjalani pembedahan bagi apa yang disyaki sebagai ketumbuhan di ususnya dan kini sedang beransur pulih, menurut hospital di Sao Paulo yang merawatnya pada Isnin (6 Dis).

"Ketumbuhan itu dikesan semasa ujian rutin kardiovaskular dan pemeriksaan makmal, dan bahan itu dihantar bagi analisis patologi," menurut Hospital Albert Einstein, di mana Pele, 80 tahun, menerima rawatan sejak 31 Ogos.

"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana berasa sihat," tulisnya di akaun Instragram pada Isnin.

"Mujur, saya biasa meraikan kemenangan besar bersama-sama anda.

"Saya akan menghadapi perlawanan ini dengan senyum di muka, rasa optimis dan keceriaan dalam kehidupan diiringi kasih sayang oleh keluarga dan rakan-rakan saya."

Pele dijadual keluar dari penjagaan rapi pada Selasa, menurut satu kenyataan hospital itu.

Bekas kelabnya Santos mengongsikan Twitter kata-kata pembakar semangat buat bintang bola sepak itu: "Ini bakal menjadi satu lagi kemenangan dalam hidup anda, kami harapkan anda lekas sembuh!"

Pele, atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento, bergelut dengan pelbagai masalah kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan beberapa kali dimasukkan ke hospital. Kali terakhir adalah pada April 2019, di Paris, kerana jangkitan saluran pundi kencing yang teruk.

Pada Februari 2020, Pele meyakinkan peminatnya tentang kesihatan mental beliau. Ini selepas anaknya Edinho berkata ayahnya "menyendiri" dan menderita "sejenis kemurungan."

TIGA PIALA DUNIA

Satu-satunya pemain dalam sejarah yang menjulang Piala Dunia sebanyak tiga kali (1958, 1962 dan 1970), Pele dianggap ramai sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.

Dia mula menonjol di pentas dunia pada usia muda 17 tahun dengan ledakan gol yang mempesonakan, termasuk dua gol pada perlawanan akhir menentang tuan rumah Sweden, dengan Brazil memenangi Piala Dunia buat kali pertama pada 1958.

Selepas bersara daripada arena bola sepak antarabangsa, Pele terus bermain untuk New York Cosmos, sebelum menamatkan kerjayanya dengan mencatat rekod lebih 1,000 gol.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan