Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pele 'masih berjuang' melawan barah usus, kata anak perempuan legenda bola sepak Brazil

Anggaran Waktu Membaca:
Pele 'masih berjuang' melawan barah usus, kata anak perempuan legenda bola sepak Brazil

(Gambar: Netflix/AFP)

Diterbitkan : 25 Dec 2022 03:41PM Dikemas Kini : 25 Dec 2022 11:27PM

SAO PAULO: Anak perempuan legenda bola sepak Brazil, Pele, berkata bapanya "masih berjuang" melawan barah usus di hospital Sao Paulo, Brazil.

Kely Cristina Nascimento memuat naik gambar beliau memeluk ayahnya di Instagram dan hanya memaparkan sebahagian wajahnya.

"Kami masih di sini, berjuang dan percaya. Satu malam lagi bersama," kata Nascimento menerusi mesej yang mengiringi foto itu pada Jumaat (23 Dis).

Pele dimasukkan ke Hospital Albert Einstein akhir bulan lalu bagi merawat jangkitan pernafasan dan melakukan penilaian semula kemoterapi.

Pada Rabu lalu, beliau mengumumkan bapanya akan meluangkan Hari Krismas di hospital selepas doktor memaklumkan bahawa Pele memerlukan penjagaan yang lebih teliti.

Antara mereka yang menghantar mesej sokongan kepada Pele sejak beberapa minggu kebelakangan ini ialah penyerang Perancis Kylian Mbappe, yang menggesa pengikutnya untuk "berdoa buat Pele".

Pele, yang dianggap sebagai antara pemain bola sepak terhandal, merupakan satu-satunya pemain yang menjulang Piala Dunia sebanyak tiga kali, iaitu pada 1958, 1962 dan 1970.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau mengalami beberapa masalah kesihatan, termasuk berkaitan tulang belakang, pinggul, lutut dan buah pinggang.

Sumber : Bernama/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan