Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pele kembali ke hospital untuk rawatan kemoterapi

Anggaran Waktu Membaca:
Pele kembali ke hospital untuk rawatan kemoterapi

(Gambar: @pele/Instagram)

Diterbitkan : 14 Feb 2022 10:07AM Dikemas Kini : 14 Feb 2022 10:07AM

SAO PAULO: Legenda bola sepak Pele kembali ke hospital pada Ahad (13 Feb) untuk rawatan kemoterapi bagi ketumbuhan di ususnya, lapor Reuters.

Pele, 81 tahun, menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut pada September 2021 dan sejak itu, kerap menjalani rawatan di klinik di Sao Paulo. 

Beliau memuat naik gambar di Instagram, sambil tersenyum, dengan mesej yang menyebut rawatannya di hospital itu sebagai satu rutin. 

"Kawan-kawan, seperti mana saya lakukan setiap bulan, saya akan ke hospital untuk teruskan dengan rawatan saya," menurut juara Piala Dunia tiga kali itu. 

"Saya sudah pun menempah TV yang besar dan juga 'popcorn' untuk menonton Super Bowl nanti. Saya akan menonton perlawanan itu walaupun kawan saya @tombrady tidak beraksi. Terima kasih atas mesej-mesej sokongan anda." 

Dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia, Pele mengalami beberapa masalah kesihatan baru-baru ini, termasuk perlu menjalani pembedahan pinggul yang membuatnya sukar berjalan tanpa dibantu. 

Penampilannya di khalayak ramai sudah dikurangkan, namun, Pele kekal aktif di media sosial. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa