Pele berasa 'lebih baik' selepas rawatan perubatan
Pemain legenda bola sepak, Pele berkata pada Jumaat (5 Apr) bahawa beliau dalam keadaan "lebih baik" setelah menerima rawatan di Paris bagi jangkitan saluran kencing.

Pele, 78 tahun. (Gambar: Frank Fife/AFP)
PARIS: Pemain legenda bola sepak, Pele berkata pada Jumaat (5 Apr) bahawa beliau dalam keadaan "lebih baik" setelah menerima rawatan di Paris bagi jangkitan saluran kencing.
"Ubat antibiotik berkesan... saya berasa lebih baik," kata warga Brazil berusia 78 tahun itu di akaun Twitternya.
"Terima Kasih semua atas kasih sayang anda!" katanya kepada para peminatnya sambil bergurau: "Saya rasa saya bersedia untuk bermain lagi."
Pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali itu dimasukkan ke hospital pada Rabu, sehari selepas beliau membuat penampilan di satu acara promosi bersama penyerang Perancis Kylian Mbappe.
Kesihatan Pele yang semakin merosot itu mencetuskan kebimbangan baru-baru ini, dan pertemuan dengan Mbappe - satu-satunya remaja selain Pele yang menjaringkan gol di peringkat akhir Piala Dunia - ditangguhkan November lalu.
Sebelum ini, Pele mengaku tidak berasa begitu sihat untuk menyalakan obor di acara perasmian Olimpik Rio 2016.
Pada lewat 2014, beliau dimasukkan ke unit jagaan rapi di Brazil menyusuli aduan tentang buah pinggangnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.