Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pele akan terus dirawat di hospital susuli jangkitan saluran kencing

Anggaran Waktu Membaca:
Pele akan terus dirawat di hospital susuli jangkitan saluran kencing

Legenda bola sepak Brazil, Pele. (Gambar: Pele/Instagram)

Diterbitkan : 22 Feb 2022 12:16PM Dikemas Kini : 22 Feb 2022 12:16PM

SAO PAULO: Legenda bola sepak Brazil, Pele mengalami jangkitan pada saluran kencing dan akan dirawat di hospital lebih lama daripada yang dirancangkan oleh para doktor. 

Demikian menurut klinik di mana Pele sedang menjalani rawatannya. 

Pele yang sedang menjalani rawatan kemoterapi bagi ketumbuhan pada ususnya yang sudah dibuang pada September lalu kembali dirawat di Hospital Albert Einstein pada 13 Februari. 

Namun, semasa pemeriksaan rutin dijalankan, pihak hospital berjaya mengesan jangkitan pada saluran kencing.

Dengan itu, tempoh rawatannya sebagai seorang pesakit di hospital berkenaan dilanjutkan," menurut buletin klinik di Sao Paulo itu. 

"Keadaan klinikalnya stabil dan dia mungkin akan dibenarkan pulang dalam masa beberapa hari akan datang." 

Disifatkan sebagai antara pemain bola sepak yang terunggul di dunia, bekas pemain Santos, New York Cosmos dan Brazil yang berusia 81 tahun itu sudah mengalami beberapa masalah kesihatan kebelakangan ini, termasuk pembedahan pinggul yang menyebabkannya mengalami kesakitan berulang dan masalah berjalan tanpa dibantu.

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa