Skip to main content

Sukan

Pelari pecut SG Shanti Pereira cipta rekod negara ketiga dalam 3 hari

Anggaran Waktu Membaca:
Pelari pecut SG Shanti Pereira cipta rekod negara ketiga dalam 3 hari

Shanti Pereira sewaktu peringkat saringan acara 100 meter wanita di Sukan SEA di Vietnam pada 18 Mei 2022. (Gambar: Jeremy Lee/SportSG)

Diterbitkan : 02 Apr 2023 02:21PM

SINGAPURA: Shanti Pereira mencatatkan rekod negaranya yang ketiga dalam tiga hari apabila menamatkan acara 200 meter (m) wanita peringkat saringan dalam tempoh masa 22.89 saat di Kejohanan Balapan dan Padang Terbuka Australia di Brisbane pada Ahad (2 Apr). 

Pelari pecut Singapura itu memecah rekodnya sendiri, iaitu 23.16 saat, yang dicatatkan pada peringkat akhir acara 200 meter di Klasik Balapan Brisbane pada 25 Mac lalu di mana beliau menduduki tempat ketiga. 

Rekod masa baru yang dicatatkan Shanti itu sudah memadai untuk membolehkannya membawa pulang pingat emas di lima edisi terakhir Sukan Asia.

Pada Sabtu (1 Apr), atlit berusia 26 tahun itu memecah rekod baru negaranya dalam acara 100m, sekali gus menduduki tempat pertama di Brisbane dengan mencatatkan masa 11.37 saat. 

Ia 0.01 saat lebih pantas berbanding rekod negara yang dicatatkannya sebelum itu dalam peringkat saringan acara berkenaan pada Jumaat (31 Mac). 

Shanti, yang merupakan pelari pecut terpantas di peringkat kelayakan acara 200m pada Ahad, akan bertanding dalam peringkat akhir pada lewat hari ini nanti.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita