Skip to main content

Sukan

Pelari pecut SG Marc Brian Louis berjaya pecahkan rekod 22 tahun UK Sham di Sukan Asia

Anggaran Waktu Membaca:
HANGZHOU: Sedang keputusan bagi acara saringan separuh akhir 100 meter lelaki dipaparkan di skrin elektronik, Marc Brian Louis menyaksikannya dengan penuh debaran.

"Saya berdiri di sana menantikan masa catatan saya, dan kemudian ia terhenti," ujar Louis.

Apabila kedudukan pelari pecut tempat kelima dan keenam bagi acara saringan tersebut didedahkan, ia terhenti sejenak sebelum ia memaparkan catatan masa 10.27 saat.

Satu rekod yang telah bertahan sejak sekian lama dan selepas begitu ramai pelari pecut Singapura cuba memecahkannya akhirnya berjaya diatasi di Stadium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou pada Sabtu (30 Sep).

"Saya akhirnya melihat (masa catatan saya) adalah 10.27 saat dan saya melompat (kegembiraan). Saya berasa sangat gembira kerana saya akhirnya dapat memecahkan rekod nasional. Saya sudah menunggu (untuk berbuat demikian) sepanjang tahun," ujar atlit berusia 22 tahun itu.

Masa yang dicatatkan oleh Louis berjaya meleburkani rekod nasional yang dicatatkan oleh UK Shyam, iaitu 10.37 saat, di Sukan Universiti Dunia di Beijing pada 2001.

Di acara saringan pada Jumaat, Louis mencatatkan masa peribadi terbaik setelah menamatkan perlumbaan dengan masa 10.38 saat, yang secara tidak langsung membayangkan bahawa rekod yang dipegang Shyam mampu diatasinya.

"Sasarannya adalah untuk memecahkan rekod nasional. Tidak kira berapa banyak saya dapat mengatasinya, ia tetap sangat memberangsangkan," luah Louis. "Saya tidak sangka yang saya akan pecahkan sebanyak itu ... Saya berasa sangat gembira. Hampir tidak terkata-kata."

Atlit warga Singapura yang menduduki tempat keenam dalam acara saringannya, bagaimanapun terlepas peluang untuk menjamin tempat di peringkat akhir acara itu setelah menduduki tangga ke-13 secara keseluruhannya. Sungguhpun demikian, beliau tetap berasa gembira atas prestasinya.

Anda boleh ikuti liputan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou secara langsung di 6 saluran khas meWatch.

Log masuk sekarang di www.mewatch.sg/asiangames untuk menonton semua aksi kejohanan itu secara percuma, atau ikuti sorotannya di Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita