Skip to main content

Sukan

Pelari pecut AS catat masa terpantas, 9.98 saat dalam acara larian pecut 100 meter

Seorang pelajar sekolah tinggi mencatat masa terpantas acara larian pecut 100 meter.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelari pecut AS catat masa terpantas, 9.98 saat dalam acara larian pecut 100 meter
Diterbitkan : 01 May 2019 05:40PM Dikemas Kini : 01 May 2019 06:16PM

TEXAS: Seorang pelajar sekolah tinggi mencatat masa terpantas acara larian pecut 100 meter.

Matthew Boling atau nama gelarannya "White Lightning," mencatat masa 9.98 saat.

Berdasarkan catatan masanya itu, Boling layak bagi perlumbaan akhir di Sukan Olimpik 2016.

Masa catatannya itu memecahkan rekod kejohanan sekolah tinggi Amerika tetapi ia tidak diterima sebagai rekod kebangsaan kerana angin bertiup sekencang 6.4 kilometer sejam di balapan pada ketika itu.

Pelari pecut 18 tahun itu akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Georgia dan bercita-cita dipilih menyertai pasukan Amerika bagi Sukan Olimpik Tokyo tahun depan. 

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita