Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pegawai pemerintah Australia tidak akan hadiri Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

Para pegawai pemerintah Australia tidak akan menghadiri temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan diadakan di Beijing pada tahun depan, kata Perdana Menteri Scott Morrison pada Rabu (8 Dis), sekali gus menyertai Amerika Syarikat dalam melaksanakan boikot diplomatik terhadap acara itu.

Anggaran Waktu Membaca:

SYDNEY: Para pegawai pemerintah Australia tidak akan menghadiri temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan diadakan di Beijing pada tahun depan, kata Perdana Menteri Scott Morrison pada Rabu (8 Dis), sekali gus menyertai Amerika Syarikat dalam melaksanakan boikot diplomatik terhadap acara itu.

Encik Morrison berkata pemerintah China belum lagi membuat sebarang percubaan untuk memberikan respons kepada beberapa isu yang dibangkitkan oleh Australia termasuk dakwaan pencabulan hak asasi manusia.

"Justeru ia tidak mengejutkan seandainya pegawai pemerintah Australia tidak akan ke China untuk menghadiri temasya sukan itu. Para atlit Australia bagaimanapun akan tetap ke negara itu bagi menyertai temasya sukan itu," kata Encik Morrison kepada para wartawan di Sydney.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan