Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pegawai kanan Jepun mungkin boikot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

Para pegawai kanan Jepun berkemungkinan tidak akan menghadiri Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing pada Februari, menyertai Amerika Syarikat (AS) dalam satu boikot diplomatik. Demikian lapor akhbar Yomiuri pada Sabtu (11 Dis), menukil beberapa sumber yang mengetahui akan perkara itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai kanan Jepun mungkin boikot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Dec 2021 01:41PM Dikemas Kini : 11 Dec 2021 01:43PM

REUTERS: Para pegawai kanan Jepun berkemungkinan tidak akan menghadiri Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing pada Februari, menyertai Amerika Syarikat (AS) dalam satu boikot diplomatik. Demikian lapor akhbar Yomiuri pada Sabtu (11 Dis), menukil beberapa sumber yang mengetahui akan perkara itu.

Awal minggu ini, Kanada mengikut jejak langkah Australia, Britain dan AS dengan menyatakan ia tidak akan menghantar pegawai tertinggi ke temasya sukan itu. Ia memberi alasan keprihatinan sekian lama terhadap rekod hak asasi manusia China.

China menyifatkan boikot itu sebagai "satu percaturan politik" dan kempen untuk memburukkan nama baik negara itu.

Yomiuri menyatakan Jepun berkemungkinan akan membuat satu keputusan rasmi menjelang hujung bulan ini. Para pegawai yang kini dijangka menghadiri temasya sukan tersebut adalah kakitangan terlibat dalam Olimpik, termasuk Seiko Hashimoto, bekas ketua jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik Tokyo, menurut akhbar itu.

Pada Jumaat, ketua jurucakap Jepun berkata masih belum diputuskan lagi sama ada negara itu merancang untuk menghantar pegawai bagi menghadiri Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan