Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan wanita S'pura mara ke peringkat akhir tenis meja Sukan Komanwel

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan wanita S'pura mara ke peringkat akhir tenis meja Sukan Komanwel

(Gambar: Bradley Collyer/PA via AP)

SINGAPURA: Pasukan tenis meja wanita Singapura akan berentap dengan pasukan Malaysia bagi merebut pingat emas Sukan Komanwel setelah menewaskan Australia 3-0 dalam peringkat separuh akhir pada Ahad (31 Jul). 

Di gelanggang The NEC di Birmingham, England, Zhou Jingyi dan Zeng Jian bermain dengan hebat untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas Jee Minhyung dan Lay Jian Fang. 

Pemain nombor 16 dunia Feng Tianwei kemudian menewaskan Liu Yangzi 3-1 untuk melebarkan jurang Singapura. Beliau mengalahkan Liu 14-12 sebelum Liu menyamakan kedudukan. Namun, Feng memenangi set ketiga dan keempat - kedua-duanya 11-5 - untuk meraih kemenangan. 

Zeng kemudian menundukkan Lay dari Australia 3-0. 

Singapura yang menduduki tempat ketiga dalam Sukan Komanwel lalu akan berentap dengan Malaysia di peringkat akhir pada Isnin (1 Ogos). Pasukan Malaysia membenam Wales 3-2 dalam peringkat separuh akhir. 

Pada Ahad (31 Jul), pasukan lelaki Singapura membelasah Kanada 3-0 dalam peringkat suku akhir untuk mara ke separuh akhir dan akan bersaing dengan England pada Isnin (1 Ogos). 

Anda boleh mengikuti acara-acara Sukan Komanwel secara langsung di meWATCH atau sedutannya melalui wadah Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan