Skip to main content

Sukan

Pasukan wajib sertai acara regu berpasukan dalam Piala Raja Thai ke-37: ISTAF

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan wajib sertai acara regu berpasukan dalam Piala Raja Thai ke-37: ISTAF

Pasukan Singapura menentang Philippines di gelanggang Sukan SEA 2019. (Gambar: Izwan Ohtman)

KUALA LUMPUR: Buat kali pertama Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) mewajibkan semua pasukan di divisyen premier menyertai acara regu berpasukan dalam Kejohanan Sepaktakraw Dunia Piala Raja Thai ke-37, yang berlangsung dari 1 hingga 8 September di Korat, Thailand.

Setiausaha Agung ISTAF Abdul Halim Kader dalam satu kenyataan berkata, syarat baharu itu bertujuan untuk meningkatkan tahap persaingan dan memastikan pasukan terbaik dipertontonkan dalam kategori berprestij ini, sekali gus menambah dimensi menarik kepada kejohanan tersebut.

"Selain itu, ISTAF mengumumkan rancangan untuk menyediakan pelan induk menyeluruh bertujuan mencipta konsep dan strategi penyiaran terbaik.

“Inisiatif ini direka untuk memastikan kejohanan mencapai penonton global, memberikan pengalaman menonton yang luar biasa dan meningkatkan profil antarabangsa sukan itu,” katanya selepas menpengerusikan mesyuarat penyelarasan Piala Raja Thai 2024 dengan Persatuan Takraw Thailand di Bangkok pada Sabtu (15 Jun).

Mesyuarat yang diadakan dengan Persatuan Takraw Thailand menandakan langkah penting dalam persiapan bagi kejohanan tersebut.

Beberapa isu teknikal penting yang akan memberi kesan besar kepada kejayaan kejohanan itu juga dibincangkan. Perbincangan tersebut penting untuk memastikan aspek teknikal pertandingan berjalan lancar dan memenuhi piawaian antarabangsa.

Sebanyak 33 negara akan menyertai kejohanan tersebut, mencerminkan capaian global dan populariti sepak takraw yang semakin meningkat dengan menampilkan bakat terbaik dunia, kata Encik Abdul Halim yang juga Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF).

Kejuaraan Piala Raja Thai ke-37 akan menampilkan pelbagai acara untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita dalam tiga kategori.

Kategori Premier (Lelaki & Wanita)

1. Regu Berpasukan (wajib)

2. Regu

3. Beregu

4. Beregu Campuran

5. Kuadran Campuran

6. Regu Campuran

7. Hoop (acara tambahan)

* Jumlah Pemain Premier: 12 pemain setiap pasukan. Negara menyertai acara Hoop boleh hantar sehingga 15 pemain.

Divisyen Satu (Lelaki & Wanita)

1. Regu

2. Regu Campuran

3. Beregu

4. Beregu Campuran

5. Kuadran Campuran

6. Hoop (acara tambahan)

* Jumlah Pemain Divisyen Satu: 9 pemain setiap pasukan. Negara menyertai acara Hoop boleh hantar sehingga 12 pemain.

Divisyen Dua (Lelaki sahaja kerana ia adalah negara baharu dalam sukan sepak takraw)

1. Regu

2. Regu Campuran

3. Beregu

4. Beregu Campuran

5.Kuadran Campuran

6. Hoop (acara tambahan)

* Jumlah Pemain Divisyen Dua: 9 pemain setiap pasukan. Negara acara Hoop boleh hantar sehingga 12 pemain.

Kejohanan tersebut, yang merupakan acara berprestij dalam kalendar Sepaktakraw, berjanji untuk mempersembahkan bakat berperingkat tinggi dan perlawanan hebat, menarik penyokong dan peserta dari seluruh dunia.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita