Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan terjun udara tertutup S'pura menang pingat emas pertama Kejohanan Dunia

ara penerjun udara tertutup Singapura, Kyra Poh, 16 tahun, dan Choo Yi Xuan, 17 tahun, berjaya meraih pingat emas pertama di Kejohanan Dunia Persekutuan Aeronautik Antarabangsa (FAI) yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan terjun udara tertutup S'pura menang pingat emas pertama Kejohanan Dunia

Kyra Poh dan Choo Yi Xuan catat masa 56.83 saat dalam acara dinamik. (Gambar: iFly Singapore)

Diterbitkan : 31 Oct 2018 09:51AM Dikemas Kini : 31 Oct 2018 09:56AM

SINGAPURA: Para penerjun udara tertutup Singapura, Kyra Poh, 16 tahun, dan Choo Yi Xuan, 17 tahun, berjaya meraih pingat emas pertama di Kejohanan Dunia Persekutuan Aeronautik Antarabangsa (FAI) yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Demikian menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh iFly Singapore pada Selasa (30 Okt).

Kedua-dua penerjun udara itu, yang dikenali sebagai Pasukan Firefly, menewaskan 18 pasukan untuk menjadi juara dalam acara dinamik itu, menurut kenyataan media tersebut.

Poh dan Choo, yang merupakan satu-satunya pasukan wanita dalam acara tersebut, mencatat masa 56.83 saat - iaitu hanya 0.77 saat di hadapan pasukan Team Aerogravity dari Perancis.

Pertandingan itu yang diadakan di Bahrain berakhir pada Ahad (28 Okt).

Poh juga memperolehi pingat perak dalam Kategori Terbuka Gaya Bebas Perseorangan, di belakang Tom Ivans dari Latvia dengan perbezaan hanya 0.2 markah.

Poh merupakan pesaing paling muda dalam kategori tersebut dan berjaya melayakkan diri bagi kategori remaja untuk para peserta yang berusia 18 tahun dan ke bawah.

Choo pula menduduki tempat kedua dalam Kategori Muda Gaya Bebas Perseorangan, selepas tewas di tangan Kayleigh Wittenburg dari USA dengan perbezaan 0.4 markah.

Ini merupakan percubaan dan kemenangan Choo yang pertama dalam acara gaya bebas bagi sesebuah pertandingan antarabangsa.

Poh dan Choo melibatkan diri dalam sukan tersebut sebagai Pasukan Firefly sejak lapan tahun lalu, menurut iFly Singapore.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan