Pasukan tenis meja wanita Singapura menang emas, tumpaskan Malaysia di Sukan Komanwel
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Sukan Komanwel Singapura/Andy Chua)
SINGAPURA: Singapura merangkul emas sumbangan pasukan tenis meja wanita di Sukan Komanwel pada Isnin (1 Ogos) selepas mengalahkan Malaysia 3-0 dalam perlawanan akhir.
Ia adalah pingat emas pertama Singapura dalam temasya Sukan 2022 dan bermakna pasukan itu merampas semula pingat emas selepas ditumpaskan India pada temasya 2018.
Singapura mengalahkan Australia 3-0 pada separuh akhir pada Ahad, manakala Malaysia menewaskan Wales 3-2.
Beregu Singapura Zhou Jingyi dan Zeng Jian bermula agak lemah pada set pertama dengan mata 7-11, sebelum bangkit meyakinkan dan menang tiga set seterusnya 11-4, 11-6, 11-5.
Bermain di Dewan 3 Pusat Pameran Kebangsaan Birmingham, pemain nombor 16 dunia Feng Tianwei meletakkan pasukan Singapura di hadapan dengan kedudukan 2-0 selepas menumpaskan Alice Chang Li Sian, 11-9, 11-1, 11-7.
Zeng Jian melengkapkan kemenangan dengan menundukkan Ho Ying 11-3, 11-4, 8-11,11-5.
Ini adalah pingat kedua Singapura dalam edisi temasya kali ini selepas perenang Teong Tzen Wei merangkul perak dalam acara 50m gaya kupu-kupu lelaki pada Sabtu.
Anda boleh ikuti acara-acara Sukan Komanwel secara langsung di meWATCH atau ringkasannya di saluran Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/SU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.