Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan Singa tidak sabar bersaing dengan 'musuh tradisi' Malaysia dalam perlawanan Cabaran Causeway malam ini

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan Singa tidak sabar bersaing dengan  'musuh tradisi' Malaysia  dalam perlawanan Cabaran Causeway malam ini

Gambar: FAS

Diterbitkan : 26 Mar 2022 01:58PM Dikemas Kini : 28 Mar 2022 04:15PM

SINGAPURA: Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan lelaki Singapura, Nazri Nasir, menaruh kepercayaan penuh kepada pasukan Singa menjelang perlawanan Cabaran Causeway hari ini (26 Mac) dengan Malaysia dalam Siri Tiga Negara Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) 2022.

Pasukan Singa akan menentang 'musuh tradisi' mereka dalam edisi ke-77 cabaran di Hab Sukan Singapura, Stadium Negara dalam perlawanan antarabangsa pertama mereka sejak Piala AFF Suzuki 2020 Disember lalu.

"Sudah pasti setiap kali kami bertarung dengan Malaysia, akan ada persaingan dan ini adalah lumrah," kata beliau di sidang media pada Jumaat (25 Mac).

"Semasa saya menjadi pemain dulu, apabila saya menentang Malaysia, ia adalah sesuatu yang istimewa… sama seperti sekarang apabila saya menjadi jurulatih. Saya rasa kami faham corak permainan Malaysia; mereka juga teruja di bawah kepimpinan jurulatih baru dan sudah melakukan yang terbaik menentang pasukan Filipina, jadi saya menjangkakan perlawanan yang sukar."

Nazri mengulangi keyakinan beliau terhadap prestasi pasukan Singapura.

"Apabila pemain diberikan peluang untuk bermain, saya pasti mereka akan berikan yang terbaik. Sebagai jurulatih, saya percaya bahawa mereka sudah lakukan dan berikan yang terbaik. Perlawanan ini adalah Cabaran Causeway, pemain tahu apa yang harus mereka lakukan.

Sehingga 15,000 penyokong dibenarkan menonton perlawanan tersebut. Nazri menyeru peminat Singapura untuk turun padang dan memberi sokongan padu buat pasukan Singa. Anda masih boleh mendapatkan tiket anda di fas.org.sg/tickets.

Anda boleh ikuti siaran langsung dan video atas permintaan, perlawanan Siri Tiga Negara FAS 2022 secara percuma di mewatch.sg/channels/LIVE-5-98202 dan Mediacorp Entertainment on YouTube.

 

Sumber : Sumber Web/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan