Pasukan Singa kembali mengaum; seri 2-2 dengan China dalam perlawanan pertama Ogura
Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan Singapura menentang pasukan China pada 21 Mac 2024.
SINGAPURA: Pasukan Singa kembali menambat hati para penyokongnya setelah berjuang habis-habisan untuk mencatat keputusan seri 2-2 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang China.
Kemajuan ini sememangnya satu permulaan baik bagi jurulatih baharu pasukan tuan rumah, Tsutomu Ogura, yang meraih mata pertama pasukan negara dalam Kumpulan C.
Lebih 28,000 penyokong membanjiri Stadium Negara di Kallang.
Para pemain Singapura, yang menyarung jersi merah, menyerlah dari awal perlawanan lagi. Namun China segera menguasai permainan dengan rentak lebih pantas dan kelincahan pemain mereka.
Pada minit ke-11, China meraih gol pertama mereka menerusi tendangan penjuru. Tandukan penyerang China, Wu Lei, melepasi penjaga gawang Singapura, Hassan Sunny, lalu memberi gol pertama kepada pasukannya.
Wu Lei seharusnya menggandakan keunggulan China menerusi tendangan penalti pada minit ke-31 selepas Nazrul Nazari menyentuh bola.
Hassan Sunny bagaimanapun berjaya menyelamatkan tendangan penalti itu.

Wu Lei akhirnya menyumbat gol kedua dalam separuh masa pertama.
Singapura bagaimanapun bangkit pada separuh masa kedua.
Pemain sayap, Faris Ramli, berjaya menjaringkan gol, melepasi penjaga gawang China.
Lebih banyak kemajuan dicatatkan pasukan Singa pada saat-saat akhir perlawanan.
Pemain tengah Jacob Mahler membuat para penyokong bersorak kegembiraan menerusi jaringannya yang menyamakan kedudukan bagi memastikan China terikat 2-2 dengan pasukan tuan rumah.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.