Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan silat TeamSG naib juara Kejohanan Pencak Silat Asia; rangkul 19 pingat termasuk 9 emas

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan silat TeamSG naib juara Kejohanan Pencak Silat Asia; rangkul 19 pingat termasuk 9 emas

(Gambar: PERSISI)

Diterbitkan : 16 Oct 2022 11:01PM Dikemas Kini : 16 Oct 2022 11:59PM
BERITAmediacorp: Pasukan silat Team Singapore menggondol 19 pingat - sembilan emas, empat perak dan enam gangsa - di Kejohanan Pencak Silat Asia keenam.

Pasukan tersebut sekali gus memenangi tempat kedua menyusuli Vietnam, yang berjaya merangkul lagi dua pingat emas untuk muncul sebagai juara.

Semangat dedikasi serta komitmen pasukan silat Team Singapore untuk mengharumkan nama Singapura terserlah melalui prestasi yang ditonjolkan sepanjang bertanding dalam 22 acara tanding dan seni.

Sungguhpun ini merupakan penampilan sulung di Kejohanan Asia itu bagi hampir 99 peratus atlit, sesetengah daripada mereka berjaya menggenggam pingat emas.

Pesilat seni tunggal negara, Muhammad Iqbal Abdul Rahman, dan regu wanita - terdiri daripada srikandi Iffah Batrisyia Noh, Amirah Sahrin serta Nur Ashikin Zulkifli - masing-masing menyumbang satu pingat emas dalam kejohanan tersebut, yang melabuhkan tirainya pada Ahad (16 Okt).

"Pasukan silat Team Singapore sudah meraih pencapaian menjangkaui sasaran yang saya tetapkan, namun, kami tidak boleh berpeluk tubuh dan harus terus bekerja keras di mana para atlit tidak boleh berfikir bahawa misi mereka sudahpun berakhir," kata Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Silat Singapura (PERSISI), Dr Sheik Alau'ddin Yacoob Marican.

"Kami perlu sentiasa bersedia untuk berdepan dengan sebarang perubahan yang tidak dijangkakan, cabaran-cabaran baru dari segala aspek, termasuk teknik bertarung atau pihak lawan dan lain-lain lagi," tambahnya.

Menegaskan bahawa ini bukanlah penghujungnya bagi pasukan silat Team Singapore, Dr Sheik Alau'ddin berkata lebih banyak acara dan pertandingan menanti para atlit pada masa akan datang.

"Salah satunya adalah Kejohanan Pencak Silat Pantai Dunia yang kedua yang akan berlangsung di Mactan, wilayah Cebu, di Filipina dari 6 hingga 12 Disember 2022," kongsi beliau lanjut.

Pesilat Team Singapore dijangka pulang ke tanah air pada Selasa (18 Okt).
Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan