Pasukan silat SG dinobat Pasukan Pencak Silat Terbaik Dunia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasukan Persatuan Pesilat Singapura (PERSISI) berjaya merangkul anugerah Pesilat Lelaki Terbaik, Wasit-Juri Terbaik, Jurulatih Terbaik dan Pasukan terbaik dalam Kejohanan Antarabangsa T5 Liberty Chalice.
Pertandingan tersebut berlangsung dari 1 hingga 4 September lalu di Colorado, Amerika Syarikat.
Selain anugerah tersebut, pasukan PERSISI secara keseluruhan merangkul 19 pingat emas dan 5 pingat perak di peringkat kumpulan dan kejohanan untuk digelar Pasukan Pencak Silat Terbaik Dunia.

Pesilat negara Sheik Ferdous Sheik Alau’ddin dinobatkan anugerah Pesilat Lelaki Terbaik dalam pertandingan itu.
Anugerah Wasit-Juri terbaik diberikan kepada Hardy Yanto Mameni, Muhamad Razak Hussain & Shamsulnizam Shamsudin. Manakala anugerah Jurulatih Terbaik diberikan kepada Mohamed Noor Rafili Mohamed Ramli dan Noh Mohd Sharif.
Sembilan atlit yang menyertai pertandingan tersebut gigih berlatih sejak tiga bulan dahulu, kata Encik Rafili.
“Saya rasa gembira dan bangga dengan pencapaian pasukan ini kerana buat julung-julung kalinya, saya dapat membimbing pasukan kebangsaan dalam pertandingan di Amerika Syarikat.
“Meskipun pasukan ini agak kecil, kita menaruh harapan bahawa para pesilat kebangsaan berjuang, kerana ini bukan pertama kali mereka bertanding dalam di Amerika,” tambahnya.
Encik Rafili, salah seorang jurulatih sepenuh masa pasukan kebangsaan, diberikan peluang untuk melatih atlit silat kebangsaan secara sepenuh masa pada Jun tahun ini.

Sebagai salah satu pemenang anugerah Jurulatih Terbaik, Encik Rafili berkata beliau agak terkejut dengan pencapaian itu.
“Dengan pencapaian yang kita raih dalam pertandingan ini, saya harap pasukan kebangsaan akan lebih bersemangat.
Satu perbezaan ketara dalam pertandingan tahun ini adalah penyertaan negara yang membangun seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Kyrgyzstan.
“Jurang antara negara yang membangun dan negara yang sudah lama terlibat dalam arena silat seperti Indonesia dan Malaysia agak jelas.
“Namun, sebagai pesilat, kita tidak boleh leka dan mengambil sikap sambil lewa ketika berdepan dengan pesaing lain, kita harus meningkatkan persembahan kita,” kata Encik Rafili.
Menurut Encik Rafili, pasukan kebangsaan akan bersiap sedia untuk menyertai pertandingan pada 25 September di Uzbekistan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.