Pasukan silat SG dinobat juara keseluruhan dalam 2 kejohanan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasukan silat Singapura muncul sebagai juara di dua pertandingan dianjurkan oleh Persekutuan Pencak Silat Amiriah Arab Bersatu (UAE).
Pasukan negara juga dinobat sebagai juara keseluruhan kedua-dua pertandingan.
Singapura merangkul 11 pingat emas, lima pingat perak dan lima pingat gangsa di Kejohanan Pencak Silat Asia Ke-7, serta 31 pingat emas, tujuh pingat perak dan tiga pingat gangsa di Kejohanan Pencak Silat Terbuka Timur Tengah yang diadakan buat pertama kali.
Kedua-dua pertandingan berlangsung pada masa yang sama dari 9 hingga 12 November di Dewan Rashid Bin Hamdan, Kelab Al-Nasr, Oud Metha Dubai.
Sebanyak 11 negara bertanding dalam Kejohanan Silat Terbuka Asia tahun ini.

Atlit negara Sheik Ferdous Sheik Alau'din menjuarai kategori Kelas Lelaki (lebih 85kg-90kg), juga dinobat sebagai Atlit Terbaik pertandingan tersebut.
Aura Aydira Putri Soffian dinobat sebagai Atlit Terbaik bagi Kejohanan Pencak Silat Terbuka Timur Tengah, serta menjuarai kategori Wanita Junior bawah 39kg.
Kejohanan Pencak Silat Asia dianjurkan buat pertama kali di Singapura pada 2011, yang merupakan antara pertandingan terbesar sukan tersebut.
Dalam setiap edisi, Singapura berjaya menambah jumlah pingat emas.
Dalam pertandingan sebelum ini, pasukan negara merangkul sembilan pingat emas.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.