Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan silat negara catat prestasi terbaik Sukan SEA, menang 4 emas lepasi rekod 2003

Buat tiga Sukan SEA berturut-turut sejak 2015, srikandi negara Nurul Suhaila Mohd Saiful hanya mampu meraih pingat gangsa. Namun di temasya Hanoi kali ini, juara dunia berusia 27 tahun itu akhirnya menggenggam pingat emas bagi acara tanding kategori 65 hingga 70 kilogram.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan silat negara catat prestasi terbaik Sukan SEA, menang 4 emas lepasi rekod 2003

Pesilat negara, Nurul Suhaila, meraikan kemenangan selepas merangkul pingat emas di Sukan SEA ke-31 di Vietnam. (Gambar: Stanley Cheah/SportSG)

HANOI: Buat tiga Sukan SEA berturut-turut sejak 2015, srikandi negara Nurul Suhaila Mohd Saiful hanya mampu meraih pingat gangsa.

Namun di temasya Hanoi kali ini, juara dunia berusia 27 tahun itu akhirnya menggenggam pingat emas bagi acara tanding kategori 65 hingga 70 kilogram.

Beliau mengalahkan pesaingnya Siti Shazwana Ajak dari Malaysia dengan markah 30-22 di Dewan Sukan Bac Tu Liem di ibu kota Vietnam.

"Saya berasa amat bersyukur dan bangga kerana ini pertama kali saya memenangi pingat emas setelah empat kali bertanding di Sukan SEA. Jadi saya harap saya dapat mempertahankan gelaran juara ini dan meningkatkan prestasi saya dalam pertandingan masa depan," kata Nurul Suhaila kepada Mediacorp.

Tambah beliau: "Saya mahu membanggakan ibu bapa saya dan membuktikan kepada mereka bahawa masa yang diluangkan berbaloi, dan ia adalah peluang untuk saya berkembang, menjadi atlit terbaik. Saya harap ibu bapa saya bangga dengan pencapaian saya."

Selain Nurul Suhaila, pasukan silat negara juga memenangi tiga lagi pingat emas termasuk juara dunia 2018, Hazim Yusli dan Sheikh Farhan.

Namun begitu, kedua-dua juara dunia itu terlibat dalam perlawanan penuh kontroversi.

Pada awal pertarungan, pesilat Indonesia Muhammad Yachser Arafa memberi saingan sengit kepada Hazim dan mendahului dengan 31-21 mata.

Namun dia dipotong 10 mata selepas mencederakan Hazim pada bahagian muka dan gusi dan terpaksa diusung keluar.

Keputusan berakhir dengan mata 21-21 tetapi Hazim menang perlawanan itu melalui satu keputusan teknikal.

Sheikh Farhan yang bertanding dalam acara tanding kategori 90 hingga 95 kilogram pula menyaksikan pesaing beliau dari Thailand menarik diri selepas rasa kurang puas hati dengan keputusan dibuat wasit dan juri.

"Saya harap mereka di Thailand boleh faham yang kekalahan mereka bukan kesalahan saya. Mereka tidak mahu lawan jadi saya tidak boleh buat apa-apa," kata beliau.

Sebelum hari terakhir pertandingan, pasukan silat sudah merangkul satu pingat emas, satu perak dan empat gangsa di temasya Hanoi.

Sheik Ferdous dan Abdul Razzaq Abdul Rashid masing-masing tambah pingat perak bagi Kelas G (75-80kg) dan Kelas F (70-75kg).

"Saya amat bangga dengan kerana saya tidak percaya dapat ke peringkat akhir untuk mendapat pingat perak. Saya harap saya dapat membanggakan keluarga saya di rumah. Saya akan berlatih bersungguh-sungguh lagi untuk Sukan SEA selanjutnya," kata Abdul Razzaq.

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan