Skip to main content

Sukan

Pasukan SG terus buru pingat Sukan Para ASEAN ke-13 di Thailand

Pasukan Singapura di Sukan Para ASEAN ke-13 di Thailand masih giat mendapatkan pingat untuk negara.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Jan 2026 09:49PM Dikemas Kini : 12 Feb 2026 12:19PM
SINGAPURA: Pasukan Singapura di Sukan Para ASEAN ke-13 di Thailand masih giat mendapatkan pingat untuk negara.

Setakat ini, mereka sudah merangkul sebanyak dua pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa.

Pingat pertama hari ini diraih oleh perenang Toh Wei Soong, yang menduduki tempat ketiga bagi acara renang kuak lentang 100 meter lelaki gabungan S7 dan S8.

Beliau mencatat masa 1 minit 18.3 saat.

Pada Rabu (21 Jan), Toh sudahpun merangkul pingat perak dalam acara renang terbuka 400 meter.

Pelumba basikal Sebastian Tan pula meraih pingat gangsa dalam acara Lumba Campuran 31.2 kilometer dengan masa 1 jam 20 minit 22 saat.

Ini merupakan pingat keduanya dalam temasya ini setelah meraih pingat emas dalam acara Percubaan Masa Individu Campuran pada Rabu.
Sumber : CNA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita