Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan SG rangkul 4 pingat emas di kejohanan tinju tendang antarabangsa terbuka India

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan SG rangkul 4 pingat emas di kejohanan tinju tendang antarabangsa terbuka India
Diterbitkan : 12 Feb 2024 06:15PM Dikemas Kini : 12 Feb 2024 06:16PM
SINGAPURA: Pasukan Singapura memenangi sembilan pingat termasuk empat pingat emas di kejohanan tinju tendang (kickboxing) antarabangsa terbuka India, WAKO, di New Delhi.

Lebih 600 atlit menyertai acara lima hari itu.

Pemain nombor 7 dunia Valencia Yip merangkul dua emas, satu perak dan satu gangsa, dalam acara Bentuk Kreatif dan Bentuk Muzik.

Ia adalah kali pertama juara Piala Dunia berusia 33 tahun itu memenangi pingat dalam kesemua empat kategori yang disertainya.

Shaikh Abdullah Mohammed Rafi yang membuat penampilan sulung turut membawa pulang dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa.

Atlit berusia 25 tahun itu menyertai acara Kick Light, Point Fighting dan Light Contact.
Sumber : CNA/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan