Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan senapang angin 10 meter wanita raih pingat gangsa Sukan SEA

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan senapang angin 10 meter wanita raih pingat gangsa Sukan SEA

Pasukan senapang angin wanita terdiri daripada Adele Tan (dalam gambar), Fernel Tan, dan Natanya Tan meraih pingat gangsa bagi acara berpasukan 10 meter di Sukan SEA ke-31. (Gambar fail: Kong Chong Yew/Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura/Facebook)

HANOI: Pasukan senapang angin wanita terdiri daripada Adele Tan, Fernel Tan, dan Natanya Tan meraih pingat gangsa bagi acara berpasukan 10 meter.

Trio wanita itu mencatatkan 1,863.8 mata untuk menduduki tempat ketiga.

Thailand meraih emas manakala Indonesia membawa pulang pingat perak.

Trio penembak Singapura itu bagaimanapun terlepas peluang meraih sebarang pingat dalam acara individu.

Natanya mencatatkan 202 mata untuk menduduki tempat keempat secara keseluruhan.

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

 

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan