Pasukan renang SG mara ke peringkat akhir acara 4x100 meter rampaian campuran wanita
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Singapore Aquatics)
SINGAPURA: Harapan pasukan Singapura untuk merangkul pingat dalam sukan lawan pedang terhalang pada hari terakhir pertandingan itu.
Pasukan wanita negara dihalang mara ke peringkat separuh akhir oleh Uzbekistan.
Singapura memulakan perlawanan dengan baik pada perlawanan suku akhir, dengan Juliet Heng meraih kemenangan pasukan negara ketika menewaskan pesaing Uzbek itu 5-1.
Meskipun demikian, pasukan Singapura tidak dapat menangani tekanan dari para atlit Uzbekistan.
Pasukan yang terdiri daripada empat atliti itu, Heng, Jolie Lee, Jessica Ong dan Nicole Wee akhirnya tewas 32-45.
Di kolam renang pula, Levenia Lim, Letitia Sim, Quah Jing Wen dan Amanda Lim berjaya mara ke peringkat akhir acara 4x100 meter rampaian campuran wanita.
Keempat-empat perenang itu menduduki tempat ketiga dengan masa 4:07:12.
Mereka akan bertanding untuk merangkul pingat pada peringkat akhir malam ini.
Dalam acara menembak pula, Singapura tidak mara ke peringkat akhir kategori individu dan acara senapang angin wanita.
Teh Xiu Hong merupakan atlit terbaik, beliau berada di tempat ke-18 daripada 58 pesaing lain.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.