Pasukan renang S'pura yakin boleh tandingi pesaing hebat dunia
Para perenang negara percaya mereka kini boleh menandingi pesaing-pesaing hebat dunia dan ketua jurulatih Stephan Widmer menganggapnya hasil pengaruh juara Olimpik, Joseph Schooling.
SINGAPURA: Para perenang negara percaya mereka kini boleh menandingi pesaing-pesaing hebat dunia dan ketua jurulatih Stephan Widmer menganggapnya hasil pengaruh juara Olimpik, Joseph Schooling.
13 daripada 25 perenang memenangi pingat di Sukan Asia, termasuk pasukan renang berganti-ganti. Team Singapore membawa pulang enam pingat, dua daripadanya emas - pencapaiannya yang terbaik sejak Sukan Asia 1978.
Perenang-perenang Team Singapore termasuk Joseph Schooling dan Roanne Ho menerima sambutan bagai wira setibanya mereka di Lapangan Terbang Changi hari ini (25 Ogos).
Joseph Schooling bersama ayahnya, Colin. (Gambar: Matthew Mohan)
Diminta mengulas tentang kejayaannya dalam Sukan Asia, Joseph Schooling berkata beliau sendiri melihat kian ramai yang berbakat dalam pasukan kali ini. "Masa depan sukan renang Singapura sangat cerah dan kami masih mempunyai masa sebelum Sukan Olimpik Tokyo. Saya rasa kami akan bertambah baik lagi setiap tahun," kata Schooling.
Jonathan Tan bersama jurulatihnya, Ang Oeng Wee. (Gambar: Ang Peng Wee/ Facebook)
Turut disambut para penyokong ialah Jonathan Tan, 16 tahun. Beliau merupakan perenang utama acara gaya bebas 4x200 meter yang mana Singapura meraih pingat gangsa dan mencatatkan rekod kebangsaan baru, iaitu pencapaian terbesar bagi Jonathan.
Dalam Sukan Asia pertamanya ini, Jonathan memberi penghargaan kepada teman-temannya yang membuktikan bahawa setiap aspirasi itu tidak mustahil untuk dikecapi.
Ketua jurulatih, Stephan Widmer, terutamanya menarik perhatian bahawa para perenang yang berpangkalan di Singapura memenangi lebih banyak pingat berbanding pada Sukan Asia yang lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.