Pasukan renang muda SG sasar catat masa lebih baik di Olimpik Paris
Anggaran Waktu Membaca:
Semasa Sukan SEA tahun lalu, Jonathan Tan muncul sebagai perenang terpantas di rantau ini dalam acara gaya bebas 50m. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Pasukan renang Singapura menaruh harapan untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir dan mencatat masa lebih baik di Olimpik Paris minggu hadapan.
Ini sekalipun ia bakal menampilkan barisan perenang yang semuanya berwajah baharu.
Mereka berangkat pada Selasa pagi (16 Jul) ke sebuah kem latihan di Perancis berbekalkan iltizam yang kuat.
Baru-baru ini, pasukan itu berdepan kontroversi mengenai pemilihan perenang bagi mewakili negara ke temasya sukan itu.
Ia menyaksikan perenang mapan, Quah Ting Wen, digugurkan daripada pasukan rampaian berganti-ganti 4x100m.
Semasa Sukan SEA tahun lalu, Jonathan Tan muncul sebagai perenang terpantas di rantau ini dalam acara gaya bebas 50m.
Dia mencatatkan masa 21.91 saat dalam peringkat saringan untuk memenuhi masa kelayakan Olimpik, sekali gus menempah tempat ke Paris.
Menjelang aksi sulungnya di Olimpik Paris, Tan menyasarkan untuk mencatat masa lebih pantas lagi.
"Bagi setiap pertandingan, saya sering ada pemikiran bahawa saya mahu mengatasi masa terbaik saya sendiri," ujar Tan.
"Memperbaiki masa terbaik saya akan menjadi keutamaan pertama.Tetapi tentu sekali, satu bonus jikalau (saya) dapat mara ke peringkat separuh akhir atau mudah-mudahan bahkan ke peringkat akhir."
Seorang lagi perenang negara yang menunjukkan prestasi unggul ialah pakar kuak dada, Letitia Sim.
Dia akan beraksi di Olimpik Paris bukan dalam satu tetapi tiga acara - kategori 100m dan 200m serta 4x100m rampaian berganti-ganti.
Bagi acara rampaian berganti-ganti, dia akan bergandingan dengan adik perempuannya, Levenia, serta Gan Ching Hwee dan Quah Jing Wen.
"Ramai di antara kami saya rasa sedikit gemuruh menjelang kejohanan di mana anda berasa sedikit gemuruh bila berlatih. Itulah sebabnya kami banyak merujuk kepada jurulatih kami dan merujuk kepada satu sama lain untuk saling menyokong satu sama lain ketika ini," luah Letitia.
Sukan Olimpik itu akan menjadi batu loncatan penting buat pasukan renang negara menjelang kalendar sukan yang padat pada tahun hadapan.
Dua perenang mungkin beraksi dalam sukan renang Kejohanan Dunia apabila Singapura menjadi tuan rumah Julai depan.
Pada Disember 2025 pula, mereka bakal bertanding dalam Sukan SEA di Thailand.
Anda boleh saksikan Pasukan Singapura beraksi di Sukan Olimpik Paris, secara langsung atau 'on-demand', bersama Mediacorp di meWatch secara percuma.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.