Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan renang 4x100m rampaian gaya bebas wanita pecah rekod negara, layak ke Sukan Olimpik Paris

Beberapa bulan selepas mengalami kekecewaan di Sukan Asia Hangzhou, pasukan renang 4x100m rampaian gaya bebas wanita mencipta rekod baharu negara untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan renang 4x100m rampaian gaya bebas wanita pecah rekod negara, layak ke Sukan Olimpik Paris

(Gambar: Instagram/Team Singapore)

SINGAPURA: Beberapa bulan selepas mengalami kekecewaan di Sukan Asia Hangzhou, pasukan renang 4x100m rampaian gaya bebas wanita mencipta rekod baharu negara untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris.

Semasa pusingan saringan bagi kategori itu di Kejohanan Akuatik Dunia pada Ahad (18 Feb), perenang negara Quah Ting Wen, Quah Jing Wen, Letitia Sim dan Levenia Sim mencatat masa 4:02.88 untuk menduduki tempat kelima dalam pusingan saringan dan tempat kesembilan secara keseluruhan - ketinggalan satu tempat sahaja untuk melayakkan diri ke pusingan akhir.

Masa yang dicatatkan itu mengatasi rekod negara (4:06.97) yang dicatatkan oleh adik-beradik Quah, Letitia Sim dan Faith Koo.

Tidak seperti acara perseorangan yang lain, tiada masa 'A' Olimpik bagi kelayakan renang rampaian untuk temasya sukan Olimpik.

Tiga pasukan terunggul dalam Kejohanan Akuatik Dunia pada tahun lalu layak beraksi dalam Sukan Olimpik Paris, manakala 13 negara seterusnya dengan masa paling pantas dalam Kejohanan Akuatik Dunia pada tahun ini dan tahun lalu juga layak untuk beraksi dalam temasya sukan itu.

Menurut Akuatik Singapura, pengumuman rasmi oleh Akuatik Dunia akan dibuat pada Jun, jika terdapat sebarang perubahan kepada ranking pasukan.

Mediacorp difahamkan bahawa ini merupakan kali pertama sebuah pasukan renang rampaian Singapura telah layak secara merit untuk menyertai Sukan Olimpik.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan