Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan renang 4x100m rampaian campuran lelaki menang emas di Sukan SEA

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan renang  4x100m rampaian campuran lelaki menang emas di Sukan SEA

Pasukan rampaian campuran 4x100 meter meraikan kemenangan mereka. (Gambar: Andy Chua/SportSG)

HANOI: Tiada pembatalan, kontroversi mahupun keraguan tentang siapa yang menjuarai acara 4x100 meter rampaian campuran lelaki di Sukan SEA ke-31 pada Isnin (16 Mei) apabila pasukan Singapura melakar kemenangan di Pusat Sukan Akuatik My Dinh di Hanoi.

Kuartet terdiri daripada Schooling, Quah Zheng Wen, Jonathan Tan serta Maximillian Ang menang acara itu dengan mencatat masa 3:37.69, disusuli Vietnam di tempat kedua dan Thailand di tempat ketiga.

Ia sekali gus menjadi pingat emas kedua yang dirangkul Schooling pada malam ini selepas beliau mencatatkan masa 52.22 untuk mempertahankan pingat emas bagi acara gaya kupu-kupu 100 meter di Sukan SEA. Quah menyusul di belakang untuk menggenggam pingat perak bagi acara yang sama.

Selain kemenangan Schooling dalam 100 meter gaya kupu-kupu dan acara rampaian tersebut, Singapura turut menggondol dua lagi pingat emas pada hari ketiga pertandingan temasya sukan itu.

Awal sebelum itu, Gan Ching Hwee meraih pingat emas keduanya selepas memenangi acara gaya bebas 200 meter setelah menang acara gaya bebas 800 meter.

Kamonchanok Kwanmuang dari Thailand meraih pingat perak manakala rakan negara Chan Zi Yi membawa pulang pingat gangsa dengan mencatatkan rekod peribadi terbaik.

Letiita Sim turut menyumbang pingat emas setelah memenangi acara kuak dada 50 meter dengan mencatatkan masa 31.43, iaitu pencapaian peribadinya yang terbaik.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan