Skip to main content

Sukan

Pasukan polo air lelaki SG berjaya rebut kembali pingat emas di Sukan SEA

Pasukan polo air lelaki Singapura merebut kembali pingat emas di Sukan SEA pada Selasa (16 Mei), selepas menewaskan pasukan Kemboja 22-14 dalam perlawanan akhir round-robin.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan polo air lelaki SG berjaya rebut kembali pingat emas di Sukan SEA

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 16 May 2023 12:57PM
PHNOM PENH: Pasukan polo air lelaki Singapura merebut kembali pingat emas di Sukan SEA pada Selasa (16 Mei), selepas menewaskan pasukan Kemboja 22-14 dalam perlawanan akhir round-robin.

Mereka muncul di tempat pertama dalam kumpulan, dengan lima kemenangan di Pusat Renang Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh.

Pasukan polo air lelaki Singapura memulakan kempen perlawanan dengan kemenangan 12-7 ke atas Thailand, disusuli dengan kemenangan 14-1 terhadap pasukan Malaysia.

Pasukan dari Singapura kemudian menumpaskan juara bertahan Indonesia 12-5 dan muncul juara 10-4 dalam perlawanan menentang Filipina pada Isnin lalu.

Kali terakhir sukan itu dipertandingkan di Sukan SEA adalah pada 2019.

Singapura menang pingat gangsa setelah menang dua perlawanan, satu perlawanan seri dan kekalahan 7-5 di tangan Indonesia.

Sebelum kekalahan itu, pasukan Singapura merupakan juara Sukan SEA sebanyak 27 kali berturut-turut.

Sukan polo air digugurkan daripada edisi terakhir Sukan SEA di Hanoi.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita