Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan muda wushu S'pura bersinar di Sukan SEA ke-31; bawa pulang 2 emas, 3 perak & 1 gangsa

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan muda wushu S'pura bersinar di Sukan SEA ke-31; bawa pulang 2 emas, 3 perak & 1 gangsa

(Gambar: Stanley Cheah/SportSG)

Diterbitkan : 15 May 2022 07:26PM Dikemas Kini : 15 May 2022 07:26PM

SINGAPURA: Ketika sedang meningkat dewasa, Zeanne Law sering menonton video pelbagai atlit wushu terkemuka yang dikaguminya. Antara mereka ialah Thi Minh Huyen Tran dari Vietnam. 

Namun pada Ahad (15 Mei), Law berpeluang bertemu empat mata dengan atlit wushu itu. Bahkan, mereka dalam persalinan pakaian yang serupa. 

"Idola" Law itu juga kini menjadi lawannya sedang mereka bersaing untuk merebut pingat dalam peringat akhir acara taijijian wanita di Sukan SEA ke-31. 

"Saya selalu cuba untuk meniru pergerakannya. Saya sungguh berbesar hati dapat bersaing dengannya hari ini," kata Law yang saling bertukar-tukar lencana dan mengambil gambar dengan atlit Vietnam itu selepas acara tersebut. 

Law mendapat tempat keempat di Gimnasium Cau Giay di Hanoi setelah terlepas pingat gangsa, yang digenggam Thi Kieu Trang Tran, dengan hanya 0.02 mata. 

Pada Sabtu (14 Mei), Law menduduki tempat keenam dalam peringat akhir bagi acara taijiquan wanita. 

Law adalah sebahagian daripada pasukan muda wushu Singapura di temasya sukan itu tahun ini. Mereka berjaya membawa pulang dua pingat emas, tiga pingat perak dan satu pingat gangsa. 

Daripada semua pingat yang dimenangi itu, atlit Kimberly Ong dan Zoe Tan - yang bersaing buat julung-julung kalinya di Sukan SEA - masing-masing menyumbang satu pingat emas dan satu pingat perak bagi Singapura. 

Jumlah pungutan pingat ini juga jauh melebihi satu pingat emas dan satu pingat perak yang diraih pasukan wushu negara semasa Sukan SEA 2019. 

Semasa bercakap kepada wartawan selepas hari akhir pertandingan wushu, pengurus pasukan Singapura Lukas Cheng memuji atlit-atlit mudanya - lebih separuh daripada mereka membuat penampilan sulung di Sukan SEA. 

"Mereka menunjukkan prestasi yang baik dan melebihi jangkaan saya," katanya. "Keyakinan dan ketenangan mereka ditonjolkan dengan jelas."

Pada usia 24 tahun, atlit wushu Vera Tan adalah atlit tertua dalam pasukan itu dan ini merupakan kali kelima beliau bersaing dalam Sukan SEA. Tan mendapat tempat keempat dalam acara taijiquan wanita pada Sabtu (14 Mei) dan tempat kelima dalam acara tajijian pada Ahad (15 Mei). 

Tan menarik perhatian bahawa rakan-rakan sepasukannya yang lebih muda berasa gementar pada permulaan pertandingan wushu tetapi kemudian "meraih momentum" selepas beberapa hari. 

Ikuti sorotan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa