Skip to main content

Sukan

Pasukan Muay Thai SG yakin rangkul pingat Kejuaraan Asia

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan Muay Thai SG yakin rangkul pingat Kejuaraan Asia

Gambar hiasan Amir Ghani bersama beberapa anak didiknya di sidang media Siam Super Fight. (Gambar: Sumalee Boxing Gym/Facebook)

Diterbitkan : 15 Jun 2025 01:56PM Dikemas Kini : 15 Jun 2025 01:57PM
SINGAPURA: Pasukan Muay Thai Singapura yakin dapat merangkul pingat di pentas benua.

Ini sedang mereka bersiap sedia bagi Kejohanan Asia yang bakal diadakan di Vietnam.

Tujuh pejuang utama negara bakal mewakili Singapura dalam pertandingan yang berlangsung selama seminggu bermula 20 Jun itu.

Ini juga peluang terakhir mereka untuk layakkan diri ke Sukan SEA Disember ini.

Selama enam hari seminggu, tujuh jam sehari, atlet Muay Thai Wayne Low mencurahkan jiwa raganya setiap kali beluau menjalani latihan, kerana beliau tahu betapa pentingnya sukan itu kepadanya.

"Cabaran dari segi kesihatan mental, latihan-latihan dan segalanya juga memerlukan banyak kekuatan mental. Tanpa kekuatan mental, saya tak rasa kami semua boleh capai sejauh ini, kita boleh putus asa pada bila-bila masa. Menerusi semua ini, saya jadi bertambah baik, lebih berdisiplin."

Atlet berusia 20 tahun itu akan membuat penampilan sulung antarabangsanya tidak lama lagi.

Beliau adalah sebahagian daripada pasukan tujuh anggota yang bakal ke Vietnam minggu depan untuk mewakili Singapura di Kejohanan Muay Thai Asia pada 20 hingga 26 Jun.

"Saya berasa sangat gementar dan teruja. Saya tidak mahu mensia-siakan peluang ini, sungguh gembira diberi peluang ini oleh pasukan kebangsaan. Harap saya dapat (bawa pulang)sekurang-kurangnya pingat gangsa atau perak."

Kejohanan Muay Thai Asia yang diadakan di Vietnam buat pertama kali dijangka menarik lebih 300 atlet daripada kira-kira 30 negara dan wilayah.

Mereka akan bersaing untuk pingat dalam 28 kategori berat dan empat kelas prestasi.

Sementara itu, jurulatih Amir Ghani dari Persatuan Muay Thai Singapura berkata pasukannya menjalani lebih banyak latihan mengikut rentak pertarungan, pertarungan (di Vietnam) berbeza daripada apa yang kami ada di Singapura.

"Jadi kami perlu faham, perlu memupuk kesedaran dalam kalangan atlet tentang rentak, kekuatan perlawanan antarabangsa ini. Mereka bukan mudah," katanya.

Beliau menyasarkan sekurang-kurangnya empat pingat untuk pasukannya di Kejohanan Asia.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita