Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan lawan pedang S'pura tonjol prestasi terbaik Sukan SEA; raih 6 pingat emas

Anggaran Waktu Membaca:

HANOI: Pasukan lawan pedang Singapura mencapai satu lagi kemenangan di Sukan SEA ke-31 pada Rabu (18 Mei) sekali gus membolot enam pingat emas kesemuanya di akhir pertaruhan mereka. 

Ini merupakan prestasi terbaik mereka dalam pertandingan serantau, menjangkaui empat pingat emas yang diraih pada edisi 2019 temasya sukan itu di Filipina. 

Di Gimnasium Sukan Tertutup My Dinh di Hanoi, pasukan lawan pedang lelaki bagi acara foil - terdiri daripada Jonathan Au Eong, Matthew Lim, Kieren Lock dan Joel Chiu - menewaskan Malaysia 45-28. 

Ia merupakan kemenangan kedua pasukan lawan pedang lelaki untuk Singapura di Sukan SEA ini. 

Pada Selasa (17 Mei), pasukan epee lelaki Singapura menumpaskan pasukan Vietnam 37-36 untuk merangkul pingat emas yang pertama bagi Singapura dalam acara itu. Au Eong juga muncul juara dalam acara foil lelaki perseorangan. 

Sementara itu, pasukan lawan pedang wanita yang merangkumi Jessica Ong, Nicole Wee dan Lee Kar Moon menunjukkan persaingan sengit pada Rabu (18 Mei), namun ditumpaskan Vietnam 39-45. 

Anggota pasukan Jolie Lee mengalami kecederaan serius semasa pertaruhan dengan Thailand dalam peringkat separuh akhir dan beliau tidak dapat beraksi di peringkat akhir. 

Pasukan lawan pedang wanita Singapura sebelum ini memenangi acara epee dan acara foil lawan pedang di temasya sukan itu. Atlit muda Elle Koh, berusia 14 tahun, juga meraih pingat emas dalam acara epee perseorangan. 

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan