Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan lawan pedang foil wanita S'pura pertahan takhta, tewaskan Filipina 33-28

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan lawan pedang foil wanita S'pura pertahan takhta, tewaskan Filipina 33-28

Elle Koh (kiri) mengalahkan Kiria Tikanah dalam Sukan SEA ke-31. (Gambar: SNOC)

HANOI: Atlit lawan pedang Singapura terus menunjukkan prestasi cemerlang di Sukan SEA ke-31 di Vietnam.

Pasukan wanita berjaya mempertahankan kejuaraan acara foil berpasukan.

Pasukan Singapura bagi acara foil terdiri daripada Denyse Chan, Cheung Kemei, Chloe Ng dan Maxine Wong. 

Mereka mengalahkan pasukan Filipina 33-28 untuk merangkul pingat emas keempat negara menerusi sukan lawan pedang di Sukan SEA Vietnam.

Kemenangan itu diraih hanya sehari selepas pasukan epee wanita juga dinobatkan juara buat julung-julung kalinya. 

Pasukan lawan pedang lelaki juga unggul dengan meraih pingat emas acara epee. 

Selepas bertahun-tahun menanti untuk merangkul emas, mereka akhirnya berjaya menewaskan juara bertahan, Vietnam 37-36 kali ini. 

Kemenangan itu sangat bermakna kerana mereka mendapat saingan amat sengit daripada pasukan tuan rumah. 

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau  sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/EM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan