Skip to main content

Sukan

Pasukan Iran rancang tiba di Amerika 14 hari sebelum pembukaan Piala Dunia FIFA 2026

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan Iran rancang tiba di Amerika 14 hari sebelum pembukaan Piala Dunia FIFA 2026

(Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 08 May 2026 06:33AM Dikemas Kini : 08 May 2026 07:52AM
TEHRAN: Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Iran, Amir Ghalenoei, menyatakan dalam satu temu bual bersama media tempatan bahawa pasukan itu merancang untuk tiba di Amerika Syarikat 14 hari sebelum bermulanya Piala Dunia FIFA 2026, lapor media Iran pada Rabu (6 Mei), menurut Xinhua.

Encik Amir berkata rancangan persiapan itu akan membantu pasukan mempamerkan prestasi yang mantap di Piala Dunia FIFA 2026, sambil menjelaskan yang Iran masih perlu mengatur dua atau tiga perlawanan pemanas badan yang bermutu tinggi.

Mengikut jadual, pasukan itu akan berlepas ke Turki pada 16 Mei dan akan berada di sana selama dua minggu.

Mehdi Taj, Presiden Persekutuan Bola Sepak Iran berkata pihaknya sedang mengusahakan keputusan terbaik berhubung penyertaan dalam Piala Dunia FIFA 2026.

Iran diundi dalam Kumpulan G bagi Piala Dunia FIFA 2026 yang akan dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada bermula 11 Jun hingga 19 Julai.

Pasukan itu dijadual memulakan kempen menentang New Zealand di Los Angeles pada 15 Jun, diikuti dengan perlawanan menentang Belgium di lokasi yang sama pada 21 Jun. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan ditetapkan pada 26 Jun menentang Mesir di Seattle.
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita