Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan boling wanita menang pingat gangsa kedua S'pura

Singapura meraih pingat keduanya di Sukan Asia pada Rabu (22 Ogos) apabila pasukan boling wanita menduduki tempat ketiga di acara gandingan tiga pemain di Pusat Boling Jakabaring.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Aug 2018 09:36PM Dikemas Kini : 22 Aug 2018 09:40PM

PALEMBANG: Singapura meraih pingat keduanya di Sukan Asia pada Rabu (22 Ogos) apabila pasukan boling wanita menduduki tempat ketiga di acara gandingan tiga pemain di Pusat Boling Jakabaring.

Pasukan Singapura terdiri daripada Daphne Tan, Bernice Lim dan Joey Yeo mencatat 4,250 jatuhan pin bagi merangkul pingat gangsa.

Pingat emas milik pasukan Malaysia yang terdiri daripada Esther Cheah, Siti Safiyah Amirah dan Syaidatul Afifah dengan mencatat 4,326 jatuhan pin. Pasukan Taipei China yang dianggotai Pan Yu Fen, Chou Chia Chen dan Tsai Hsin Yi pula menang pingat perak dengan 4,255 jatuhan pin.

Sebuah lagi pasukan Singapura yang terdiri daripada Jazreel Tan, Cherie Tan dan Shayna Ng menduduki tempat kesembilan dengan mencatat 3,936 jatuhan pin.

Pingat itu adalah pingat gangsa kedua bagi Singapura di Sukan Asia. Pingat gangsa pertama diperolehi oleh pasukan renang negara yang terdiri daripada Joseph Schooling, Quah Zheng Weng, Danny Yeo dan Jonathan Tan dalam acara gaya bebas 4x200m pada malam Isnin (20 Ogos). 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan