Pasukan bola sepak Maghribi baca Al-Fatihah di padang Perancis buat mangsa gempa
Anggaran Waktu Membaca:
LENS: Tular di media sosial beberapa detik menyentuh hati dalam perlawanan bola sepak antara pasukan Maghribi dengan Burkina Faso di Stadium Bollert-Delilies di Perancis pada lewat Selasa (12 Sep).
Para pemain Maghribi, mahupun penyokong mereka, semuanya dilaporkan menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada para mangsa gempa negara mereka sebelum perlawanan persahabatan itu bermula.
Insiden jarang berlaku di padang bola sepak antarabangsa itu mencuri perhatian ramai di media sosial dan mengundang begitu banyak pujian.
Mereka juga bertafakur selama seminit untuk memperingati para mangsa.

Di samping itu, pasukan Maghribi juga dilihat melakukan sujud setelah menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan tersebut menerusi jaringan Azzedine Ounahi pada minit ke-36, lapor agensi berita The Siasat Daily.
Pada Selasa (12 Sep), para pemain dan kakitangan teknikal pasukan bola sepak kebangsaan Maghribi berkongsi bahawa mereka akan mendermakan semua bonus yang diraih daripada perlawanan Piala Negara-Negara Afrika.
Pasukan itu, bersama jurulatihnya Walid Regragui, juga mendermakan darah untuk membantu para mangsa gempa pada Ahad (10 Sep).
Gempa bumi sekuat 7.2 pada skala Richter itu menggegarkan kawasan pergunungan Atlas di Maghribi, sekitar 72 kilometer dari barat daya Marrakesh, pada Jumaat (8 Sep).
Perangkaan terkini menunjukkan angka korban sudahpun melepasi 2,900 mangsa, dengan 5,530 yang lain cedera. Gempa yang melanda merupakan yang paling dahsyat sejak 1960, dan juga paling kuat sejak 1900.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.