Pasukan bola sepak lelaki SG bakal adakan 3 perlawanan menentang kelab Jepun jelang Piala AFF
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasukan bola sepak lelaki kebangsaan Singapura akan menentang pasukan terbaik liga Jepun, bagi menggantikan perlawanan persahabatan antarabangsa menjelang Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).
Demikian umum Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Rabu (28 Ogos).
Pasukan kebangsaan akan bermain dua perlawanan latihan di sini pada September, dan akan ke Jepun bagi kem latihan pada bulan seterusnya.
Tiga perlawanan persahabatan menentang kelab Liga J1 dijadualkan di sana.
Pada September, pasukan kebangsaan dijadualkan menentang BG Tampines Rovers pada 6 September dan Johor Darul Ta'zim pada 7 September. Kedua-dua perlawanan akan dimainkan tanpa penonton di Hab Bola Sepak Kallang.
Seramai 28 pemain sudah dipilih bagi latihan berpusat.
Pemain Ajay Robson dan penyerang Geylang International Zikos Chua dipilih buat pertama kalinya.
Selepas kem latihan di Jepun pada Oktober, pasukan Lions akan bermain perlawanan persahabatan menentang Myanmar dan Chinese Taipei pada November.
Ketika bercakap dengan pihak media di Stadium Jalan Besar pada Rabu, jurulatih Tsutomu Ogura berkata ia adalah persiapan "terbaik" bagi Piala AFF, yang dijadualkan dari 8 Disember hingga 5 Januari.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.