Skip to main content

Sukan

Pasukan bola jaring wanita SG pertahan gelaran juara Kejohanan Asia

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan bola jaring wanita SG pertahan gelaran juara Kejohanan Asia

Pasukan bola jaring wanita Singapura semasa Kejohanan Bola Jaring Asia 2026 di Hong Kong. (Gambar: Facebook/Netball Singapore)

Diterbitkan : 15 Aug 2026 08:12PM
SINGAPURA: Pasukan bola jaring wanita Singapura menumpaskan Hong Kong untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Bola Jaring Asia pada Sabtu (15 Ogos).

Singapore Vandas berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada 2024, sekali gus merangkul gelaran kejohanan itu buat kali kelima.

Di Arena Kai Tak pada Sabtu (15 Ogos), pasukan Singapura membenam Hong Kong yang beraksi di gelanggang sendiri dengan keputusan 57-33.

Vandas mara ke perlawanan akhir dengan rekod cemerlang dalam kejohanan itu selepas mengalahkan Maldives, Sri Lanka, tuan rumah Hong Kong dan India, dengan satu-satunya kekalahan pasukan negara di tangan pasukan Malaysia.

Mereka kemudian menundukkan Sri Lanka sekali lagi di peringkat separuh akhir untuk menempah tempat ke final.

Dalam perjalanan mereka ke peringkat akhir, pasukan negara turut mengesahkan kelayakan ke Piala Bola Jaring Dunia yang akan berlangsung di Sydney tahun depan.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita