Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan badminton S'pura harap dapat tebus kegagalan 2018 dalam Sukan Komanwel 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan badminton S'pura harap dapat tebus kegagalan 2018 dalam Sukan Komanwel 2022

Pemain badminton Singapura Loh Kean Yew. (Gambar fail: SNOC/Lim Weixiang)

SINGAPURA: Pasukan badminton Singapura akan mengambil bahagian dalam kesemua enam acara yang ditawarkan Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.

Kali ini, para pemain berharap dapat mengakhiri kemarau pingat yang dialaminya semasa edisi 2018.

Sepanjang sejarah sukan tersebut, Singapura meraih sepuluh pingat, termasuk tiga pingat di Sukan Komanwel 2014.

Singapura kini mempunyai peluang kerana adanya Loh Kean Yew.

Kemunculan pertamanya di Sukan Olimpik, menjadi juara dunia serta tersenarai dalam sepuluh pemain badminton terbaik dunia tahun lalu, merupakan titik-titik manis bagi bintang badminton negara, Loh Kean Yew.

Namun Loh akur, beliau perlu memberikan persembahan lebih konsisten jika ingin melangkah jauh di Sukan Komanwel kali ini.

Beliau meletakkan sasaran untuk layak ke pertandingan akhir badminton perseorangan lelaki.

Pasukan beregu dan beregu campuran negara sebaliknya, dijangka mendapat tentangan hebat daripada pemain India, Malaysia dan tuan rumah, England.

Ini memandangkan ramai daripada mereka menduduki kedudukan lebih tinggi dalam senarai pemain badminton dunia.

Pusingan awal perlawanan badminton bakal bermula pada Jumaat ini, 29 Julai.

Anda boleh ikuti semua acara Sukan Komanwel Birmingham 2022 secara langsung di meWatch.

Atau dapatkan sedutannya di saluran Mediacorp Entertainment di YouTube.
Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan