Paris Saint-Germain dilaporkan pecat Tuchel
Paris Saint-Germain (PSG) sudah memecat jurulatih Thomas Tuchel, dan merancang menggantikan beliau dengan Mauricio Pochettino, menurut beberapa laporan media pada Khamis (24 Nov).

(Gambar: AFP)
PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) sudah memecat jurulatih Thomas Tuchel, dan merancang menggantikan beliau dengan Mauricio Pochettino, menurut beberapa laporan media pada Khamis (24 Nov).
Juara Perancis itu enggan membuat sebarang kenyataan ketika dihubungi AFP untuk mengesahkan berita mengejutkan itu yang dilaporkan akhbar L'Equipe, agensi berita RMC dan tabloid Jerman, Bild.
"Tidak pasti," jelas seorang jurucakap pasukan apabila ditanya bila berita itu akan disahkan.
Namun, pemain penyerang PSG Mbappe memberi penghargaan kepada Tuchel di media sosial.
"Malang sekali ini adalah lumrah dalam bola sepak dan tidak ada siapa yang akan melupakan masa anda di sini.
"Anda berjaya mencipta sejarah dalam kelab ini dan saya mahu mengucapkan terima kasih," kata Mbappe di Instagram.
Bekas pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino, yang beraksi selama dua tahun setengah dengan kelab itu, mungkin akan memulakan latihan pertama pada 3 Januari ini.
Tuchel, 47, tiba di Parc des Princes dengan kontrak dua tahun pada 2018 dan berjaya membawa kelab berkenaan beraksi di final Liga Juara-Juara buat kali pertama musim lalu.
Bagaimanapun, jika laporan itu disahkan, jurulatih Jerman itu akan menjadi jurulatih PSG pertama yang terpaksa meninggalkan kelab pada pertengahan musim sejak Antoine Kombouare digantikan Carlo Ancelotti pada Disember 2011.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.