Skip to main content

Sukan

Paralimpik Tokyo: 144 kes COVID-19 dilaporkan setakat ini

Seramai 144 orang yang terlibat dengan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo dijangkiti COVID-19 sejak 12 Ogos lepas, lapor Agensi Berita Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
Paralimpik Tokyo: 144 kes COVID-19 dilaporkan setakat ini

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 23 Aug 2021 06:37PM Dikemas Kini : 23 Aug 2021 06:39PM

ANKARA: Seramai 144 orang yang terlibat dengan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo dijangkiti COVID-19 sejak 12 Ogos lepas, lapor Agensi Berita Anadolu.

Menurut laman web rasmi Olimpik, 13 lagi kes jangkitan yang mempunyai kaitan dengan penganjuran Paralimpik 2020 telah dilaporkan pada Isnin.

Bagaimanapun, nama mereka yang positif virus berkenaan tidak didedahkan atas alasan privasi, menurut kenyataan itu.

Kerajaan metropolitan Tokyo mengesahkan 4,392 kes jangkitan baru COVID-19 pada Ahad.

Jepun merekodkan jumlah jangkitan terkini sebanyak 22,285 sehingga 22 Ogos.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita