Paralimpik Paris: Juara bertahan SG Yip Pin Xiu dahului acara 100m kuak lentang S2, mara ke pusingan akhir
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Team Singapore)
SINGAPURA: Atlet Singapura Yip Pin Xiu layak ke pusingan akhir acara 100 meter kuak lentang S2 di Sukan Paralimpik Paris selepas mendahului perlumbaan pada Khamis (29 Ogos).
Juara bertahan itu mencatat masa 2:18:19 dan menduduki tempat pertama secara keseluruhan. Masa tersebut empat saat lebih pantas berbanding pesaingnya di tempat kedua.
Lapan perenang teratas daripada dua perlumbaan akan mara ke pusingan akhir.
Yip, 32 tahun, merangkul pingat emas di Sukan Paralimpik 2016 dan 2020.
Dia juga merupakan pemegang rekod dunia dalam acara tersebut, serta acara 50 meter kuak lentang S2.
Yip, yang juga pemenang lima kali pingat emas Sukan Paralimpik, akan bertanding di pusingan akhir 100 meter kuak lentang S2 pada Jumaat (30 Ogos), pukul 12.10 pagi waktu Singapura.
Secara keseluruhan, 10 para atlet Team Singapore akan bertanding dalam enam sukan di Paralimpik tahun ini: Boccia, memanah, menembak, renang, ekuestrian dan olahraga (lontar peluru).
Anda boleh ikuti liputan Sukan Paralimpik Paris 2024 secara langsung dan ulangan di mewatch. Lungsuri www.mewatch.sg/paris2024 bagi butiran lanjut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.